Advertisements
Skip to content

Pembuat mimbar pertama

Al-Kisah Pembuat Mimbar Pertama dalam Islam.
.
.
Jabir bin Abdullah menceritakan: “Dahulu Rasulullah berkhutbah dekat dengan sebatang pokok kurma mati. Suatu hari seorang perempuan Ansar menemui Baginda.
.
‘Wahai Rasulullah, saya ada seorang hamba yang pandai bertukang. Mahukan tuan jika saya menyuruhnya membuatkan sebuah mimbar untuk tuan berkhutbah di atasnya.’
.
Rasulullah membalas: ‘Silakan.’
.
.
Dalam riwayat lain, Nabi bersabda kepada perempuan tersebut: ‘Minta hambamu yang pandai bertukang kayu supaya membuat satu binaan agar aku boleh duduk di atasnya semasa bercakap dengan orang ramai.’” (Riwayat al-Bukhari)
.
Maka sebuah mimbar pun siap.
.
.
Tiba hari Jumaat berikutnya, Nabi pun berkhutbah di atas mimbar tersebut. Tiba-tiba terdengar rengekan daripada batang pokok tempat Nabi berkhutbah sebelum ini. Rengekan seperti tangisan bayi.
.
Nabi pun bersabda: “Batang ini menangis kerana tidak lagi dapat mendengar peringatan.” (Riwayat Ahmad)
.
Dalam riwayat lain, “Kemudian Nabi turun lalu mendakapnya.” (Riwayat al-Bukhari)
.
.
.
Bukan tentang batang kurma yang hendak disoroti. Sebaliknya tentang sahabat Muslimat dalam hadis tersebut. Betapa ke depan fikirannya, proaktif tindakannya.
.
Dalam benaknya, apa penambahbaikan untuk agama yang boleh aku sumbangkan dengan keupayaan yang ada. Maka jadilah beliau orang pertama yang membuat mimbar khutbah Jumaat.
.
Allahuakbar! Betapa berkat hasil berfikir untuk agama. Saban minggu, mimbar tajaannya menerima injakan kaki Nabi. Mimbar itu juga yang digunakan oleh Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar sepanjang zaman khilafah mereka.
.
.
Subhanallah! Sunnah hasanahnya diteruskan generasi ke generasi hingga ke hari terakhir dunia. Boleh bayangkan berapa banyak saham pahala beliau hasil daripada satu tindakan sahaja. Sunnah hasanah bermaksud amalan baik yang diikuti orang lain.
.
Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah hasanah, maka dia akan mendapat pahalanya, berserta sebanyak pahala orang lain yang mengikutinya selepas itu, tanpa berkurang pahala orang lain sedikit pun.” (Riwayat Muslim)
.
.
Jadi apabila tengok mimbar, ingat itu jasa seorang Muslimat. Maka siapa kata solat Jumaat tiada kaitan dengan Muslimat?
.
.
Gambar: Mungkin ini antara penambahbaikan dalam beragama yang boleh dilakukan Muslimat masa kini; Buat ujian kefahaman terhadap suami/adik/abang tentang isi khutbah Jumaat.😙
.
.
Kredit: Majalah Solusi 91: Merindui Khutbah Nabi

Advertisements

Leave a Reply

%d bloggers like this: