Skip to content
Advertisements

Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain

As-salamu `alaykum wa rahmatullah…… Bismillahir Rahmanir Rahim…

Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada.

Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: “Siapa yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah.”

Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: “Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit
pun.”

Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju Imam Hambali untuk membelinya. Diapun membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.

Advertisements

Muhamad View All

Avid reader and passionate Entrepreneur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: