Advertisements
Skip to content

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

As-salamu `alaykum wa rahmatullah…… Bismillahir Rahmanir Rahim…

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat Muslim)

Keterangan:


     Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

     Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

    Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Firman Allah di dalam surah al-a’raaf ayat 169

“. Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: “Kami akan diberi ampun.” Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, yaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti? “

Ingatlah wahai sahabat, nikmat dunia hanyalah 1/100 berbanding nikmat akhirat 99/100…

ini dapat di ibaratkan seperti…

Anda ditawarkan untuk menerima wang dari seorang orang kaya yang mana ditangan kanannya ada cek yang bernilai 99 ribu ringgit, manakala di tangan kirinya ada wang tunai sebanyak RM 1000.00 .

Wang tunai itu ibarat nikmat dunia kerana boleh digunakan terus manakala cek itu ibarat nikmat akhirat kerana sebelum boleh guna kena ke bank dulu dan macam2 lagi proses banking baru boleh digunakan wang tersebut.

Jadi yang manakah akan menjadi pilihanmu duhai sahabat ? …

Categories

islam

Tags

, ,

Advertisements

Muhamad Aarif View All

Founder & CEO of Personalgrowth.blog and Warby.Parker.Watch.

Simple guy with ridiculously ambitious dreams.

Leave a Reply

%d bloggers like this: