Advertisements
Skip to content

SAYA MESTI MUSLIM DARI SUDUT AQIDAH ?

As-salamu `alaykum wa rahmatullah…… Bismillahir Rahmanir Rahim…

Aqidah merupakan asas utama kepada agama Islam bersumberkan kepada al-Quran dan Sunnah. Penolakan ke atas aqidah akan membawa kepada kekufuran dan kepincangan hidup.

Definisi Aqidah

Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ‘ikatan’, ‘kepercayaan atau keyakinan’.

Aqidah adalah kepercayaan atau keimanan yang tetap dan suci.

Oleh itu, berpegang teguh kepada aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengakui dirinya beragama islam dan menjadikan islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mesti berlandaskan kepada al-Quran dan sunah Rasullullah s.a.w.

Percayalah Allah tidak mencipta segala kejadian alam dan qadha’ dan qadar secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan kerana mustahil Allah yang bersifat dengan sifat2 kesempurnaan itu menjadikan sesuatu dengan sia2.

“ Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami ? Maka (dengan yang demikian) maka tinggilah Allah yang menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai arasy yang Mulia”.

[23 : 115-116]

Sebagai contoh, dalam Al-Musnad karya Imam Ahmad, disebutkan: “Allah tidak menetapkan qadha’ bagi seseorang hamba-Nya, kecuali qadha’ itu baik baginya”.

Dan ketika ditanyakan kepada Ibnu Taimiyyah : “ meskipun ketetapan itu maksiat ?” ibnu Taimiyyah menjawap : “ Ya,jika maksiat itu disertai dengan taubat dan penyesalan, istighfar  dan kesedaran.”

Menurut Syaikh Ibnu Atho’illah, maksiat( dosa) yang menimbulkan rasa rendah diri dan memerlukan rahmat Allah, lebih baik dari perbuatan taat yang membangkitkan sombong, ujub dan besar diri.”

Berikut adalah sepotong hadis yang amat berharga,

Dari Abu Dzar, Jundab bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Muadz bin Jabal r.a, dari Rasullullah s.a.w., beliau bersabda : “ Bertaqwalah kepada Allah dimana saja engkau berada dan susulilah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskan dan bergaulan sesama manusia dengan akhlak yang baik “ [ H.R Tirmidzi]

Perjelasannya :

Seperti firman Allah:

“ Sesungguhnya segala amal kebajikan menghapus segala perbuatan dosa” [huud :114]

Berkenaan sabda Rasullullah, “bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik” maksudnya bergaullah dengan manusia dengan cara2 yang kamu mahu diperlakukan. Ketahuilah bahawa yang paling berat timbangannya di akhirat adalah akhlak yang yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda : “ Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat denganku kedudukannya pada hari kimat adalah orang yang paling baik akhlaknya diantara kamu”.

Ingatlah bahawasanya, akhlak yang baik adalah sifat para nabi, para rasul dan orang2 mukmin pilihan. Perbuatan buruk hendaklah tidak dibalas dengan keburukan  tetapi dimaafkan dan diampuni serta dibalas dengan kebaikan.

Seorang muslim yang mukmin  mestilah hanya takut kepada-Nya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.

Allah s.w.t. menjelaskan :

“ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang2 yang beroleh kemenangan”

[24:52]

“ Sesungguhnya orang2 yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar”

[67:12]

Tahukah kalian tentang mereka yang mati berkali-kali sebelum datangnya ajal mereka?

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 34 :

“… apabila telah datang ajal mereka, sekali-kali mereka tidak dapat menunda atau menyegerakannya barang sesaat pun”. [al-A’raf]

Ini merupakan firman Allah yang menjadikan peringatan keras terhadap para pengecut yang mati berkali-kali sebelum ajalnya datang. Ingatlah bahawa di ‘sana’ ada ajal yang telah ditentukan yang tidak boleh disegerakan atau ditunda. Sesungguhnya seorang pun tidak mampu menyegerakan kematian walaupun hanya sebentar, tidak pula mampu menunda walaupun hanya sedetik, meskipun penduduk langit dan bumi bersatu untuk membantumu melakukannya. Dengan adanya ketentuan ajal inilah sebenarnya seorang hamba boleh merasakan ketenangan, ketenteraman dan keteguhan hati.

Khalifah islam ke-2, Amirul Mukminin Umar Al-khattab berkata

“ takutlah hanya kepada Allah, nescaya semua makhluk akan takut kepadamu dan jika kamu takut kepada selain Allah, nescaya semasa perkara/makhluk menakutkan kamu”.

Ketahuilah bahawasanya sikap bergantung pada selain Allah hanya akan menyebabkan kesengsaraan.

1)      Barangsiapa bergantung pada selain Allah, baik pada harta benda, anak-pinak, kedudukan atau pekerjaan tertentu, maka Allah akan jadikan orang itu sangat cenderung pada itu semua. Dan inilah yang akan menjadi penyebab kesengsaraan,azab dan kecelakaannya.

“ Dan sesungguhnya syaitan2 itu benar2 menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”.

[Az-Zukhruf : 37]

Ingatlah, Fir’aun celaka kerana kedudukannya, Qarun binasa kerana hartanya, Umayyah bin Khalaf hancur kerana perdagangannya, dan al-Walid sengsara kerana kerana anak-anaknya. Demikian juga Abu Jahal binasa kerana kedudukannya, Abu Lahab sengsara kerana bangga dengan keturunannya, Abu Muslim kerana kekuasaanya, Al-Hajjaj dengan sikapnya yang bongkak di atas bumi, dan Ibnu Al-Furat dengan kezaliman-Nya sebagai menteri.

2)      Barangsiapa hanya bergantung kepada Allah, beramal semata-mata kerana Allah dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya, maka Allah akan memuliakan dan mengangkat darjatnya walaupun ia bukan dari keturunan yang baik, tanpa kaum kerabat, tanpa harta dan keluarga sebagaimana yang di alami oleh Bilal dengan azannya dan salman al-farisi yang dimuliakan Allah dengan akhiratnya.

Berkenaan menjauhi larangan2 Allah :

Dari An Nawas bin Sam’an r.a,  dari Rasullullah s.a.w beliau bersabda: “ kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa2 yang dirimu merasa ragu2 dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya”.

Dan dari wabishah bin ma’bad r.a, ia berkata : “ Aku telah datang kepada Rasullullah s.a.w. lalu baginda bersabda : “ Apakah kamu datang untuk bertanya tentang kebaikan ?” , aku menjawab : “Benar”. Beliau bersabda : “ Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa2 yang menenteramkan jiwa dan menenangkan hati dan dosa itu adalah apa2 yang meragukan jiwa dan merasakan sakit hati, walaupun orang2 memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkan”

[ H.R Ahmad dan Darimi ,hadis Hassan]

Yang dimaksudkan dengan akhlak baik iaitu jujur dalam muamalat, santun dalam berusaha, adil dalam berhukum, bersungguh-sungguh dalam berbuat kebajikan dan beberapa sifat orang2 mukmin yang Allah sebutkan di dalam surah Al- Anfal :

“ Orang2 mukmin iaitu orang2 yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar, dan ketika ayat2-Nya dibacakan kepada mereka, iman mereka bertambah, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (iaitu) mereka melaksanakan solat dan mengeluarkan infaq dari sebahagian harta yang kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang2 yang benar2 mukmin”,

[2:2-4]

“ Orang2 yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang mengembara ( dijalan Allah), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah mungkar, serta memelihara hukum2 Allah. Dan gembirakanlah orang2 mukmin itu”.

[9:112]

“ sungguh beruntung orang2 mukmin. ( iaitu) orang2 yang khusyu’ dalam solatnya dan orang2 yang menunaikan zakat dan orang2 yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri2 mereka atau terhadap budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barang siapa yang mencari selain dari itu, maka mereka itulah orang2 yang melampaui batas. Dan orang2 yang memelihara amanah2 ( yang diberikan kepada-Nya) dan janjinya dan orang2 yang akan mewarisi ( iaitu) mewarisi (syurga) firdaus, mereka kekal didalamnya”. [23:1-10]

“ Hamba2 Tuhan yang Maha Pengasih adalah mereka yang berjalan di atas, bumi dengan rasa rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka menanggapinya dengan kata2 yang baik”

[25 : 63]

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa seorang Arab badwi menarik selendang Rasullullah sehingga meninggalkan kesan di bahu baginda, dan orang itu berkata: “ Wahai Muhammad, serahkanlah kepadaku harta Allah yang ada di tanganmu”. Kemudian Nabi s.a.w. menoleh kepada orang itu, beliau kemudian tertawa dan menyuruh untuk member kepada orang itu.

Sabda Rasullullah s.a.w. “ dosa adalah apa2 yang dirimu merasakan ragu2 dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya”, maksudnya adalah perbuatan yang ditolak oleh hati nurani. Ini merupakan pedoman untuk membezakan antara dosa dan kebajikan. Dosa menimbulkan keraguan dalam hati dan tidak senang jika orang lain mengetahuinya. Yang dimaksud dengan orang lain disini adalah orang2 baik, bukan orang2 yang telah rosak akhlaknya..

Semoga bermanfaat…

Wallaahu a’lam…

Advertisements

Muhamad Aarif View All

Founder & CEO of Personalgrowth.blog and Warby.Parker.Watch.

Simple guy with ridiculously ambitious dreams.

Leave a Reply

%d bloggers like this: