Skip to content
Advertisements

Cerita Saad Bin Abi Waqqaassy dengan Orang yang menghina Sahabat Rasullullah

As-salamu `alaykum wa rahmatullah…… Bismillahir Rahmanir Rahim…

said1.jpg

Suatu hari ketika Sa’ad bin Abi Waqqaasyh sedang berjalan-jalan di pasar, dia ternampak seorang pemuda sedang memaki dan mengutuk Ali r.a…, Talhah r.a. dan Zubair r.a. Melihat keadaan itu Sa’ad merasa amat tersinggung. Dia cuba menasihati pemuda itu dengan lembut agar tidak terus menghina para sahabat. Tetapi

pemuda itu tidak langsung mengendahkan kata-katanya. Bagaimanapun Sa’ad tidak putus asa, dia terus memujuk. Tetapi pemuda itu terus juga mencaci dan mengutuk.

 

Melihatkan keadaan ini Sa’ad menjadi berang, dia lantas memberi amaran keras kepada pemuda itu. “Jika kamu tidak mahu berhenti daripada menghina para sahabat, aku terpaksa berdoa kepada Allah s.w.t. untuk membalas segala perbuatan kamu itu.”

“Eleh, apa yang boleh kau buat padaku? Aku tahu kau hanya hendak menakutkan aku sahaja. Betul tak?” katanya dengan nada yang angkuh. Sa’ad semakin berang. Dia terus mengambil wudhu’ lalu mendirikan sembahyang  dua rakaat sambil berdoa: “Ya Allah, sekiranya orang ini telah menghina orang yang beroleh kebaikan dariMu, dan perbuatannya membuat kemurkaanMu, maka aku mohon kepadaMu untuk memberikan pengajaran kepadanya.

Sebaik sahaja Sa’ad selesai berdoa, satu perkara ganjil berlaku. Tiba-tiba  muncul seekor unta liar di situ. Haiwan itu susup-sasap di tengah-tengah orang ramai di pasar berkenaan.Semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri, tetapi anehnya unta itu tidak mencederakan sesiapa. Haiwan itu terus juga berlari ke sana ke mari seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba apabila sampai di satu simpang, unta itu berhenti seketika. Ia memandang pemuda yang dari tadi tidak henti-henti menghina para sahabat dengan bengis.

Tiba-tiba haiwan itu meluru ke arah pemuda itu. Dengan sekali terjah, dia  terus tersungkur. Kemudian haiwan yang seperti sedang naik minyak terus menendang dan memijak-mijak perut dan seluruh tubuhnya.

Pemuda itu mengerang-ngerang kesakitan. Darah bersemburan keluar dari mulut dan hidungnya. Tetapi unta berkenaan terus melompat-lompat di atas badannya. Akhirnya pemuda berkenaan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup ngeri dan aib.

Kesimpulannya :

Jangan sekali-kali menghina sahabat2 Rasullullah.

Advertisements

Muhamad View All

Avid reader and passionate Entrepreneur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: