Skip to content
Advertisements

Motivasi: Tenaga Yang Terganggu?

“Hei, kenapa aku rasa lemah ha kebelakangan ni? Belajar malas, bangkit Subuh pun lewat, rasa nak baca Al-Quran pun kurang. Kenapa ha?”

Soalan yang kalau pun tak keluar dari mulut kawan anda kepada anda, atau anda kepada kawan anda, soalan ini akan keluar daripada diri anda kepada diri anda sendiri. Benar atau tidak?

Ya. Kenapa tiba-tiba lemah datang. Seakan mendodoi tubuh untuk berhenti. Cukup-cukuplah, seakan itu yang berbunyi. Kadangkala, ada yang lebih menakutkan.Tidak berbunyi apa-apa. Tiba-tiba sahaja sudah berada dalam keadaan lemah.

Mengapa dan mengapa?

Dan bagaimana pula hendak membasminya?

 

Konsep tenaga dan sumbernya

Kita memahami bahawa, bumi ini menerima tenaga daripada matahari. Ya, tenaga ada sumbernya. Begitu juga tenaga elektrik, sumbernya daripada loji janakuasa mungkin. Kalau loji janakuasa diletupkan, semestinya elektrik akan hilang dari gapaian. Kalau matahari malap, aha, masa itu tandanya adalah kiamat.

Begitulah juga sebenarnya kekuatan kita. Bukan saya hendak bincangkan kekuatan maddi(material) yang mana kalau muscle anda tak kuat, tandanya anda kurang bersenam, atau sekiranya anda lemah-lemah badan tandanya anda tidak cukup gizi seimbang dan sebagainya. Saya hendak cakap berkenaan kekuatan maknawi, yakni kekuatan yang tidak mampu kita nampak, tetapi kita mampu rasa. Yang tak mampu dibina dengan semata-mata gerak kerja fizikal. Kekuatan yang akan mengepam ruh kita dengan tenaga untuk bekerja sebagai hambaNya.

Kekuatan itu, ada sumbernya.

Sumbernya adalah Allah SWT. Ya. Dan yang mampu menyalurkan kekuatan kepada kita, adalah hubungan kita dengan Allah SWT.

 

Punca kelemahan

Ada beberapa punca kelemahan.

1 – Dosa.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

3 – Mendatar dan tidak melakukan peningkatan serta penjagaan.

Ya. Mari kita perhatikan satu persatu akan tiga hal di atas.

 

1 – Dosa.

Dosa adalah hijab antara kita dengan Allah SWT. Sebab sebenarnya, antara dua perkara yang tidak akan bersatu dalam satu masa adalah Cintakan Allah, dan Cintakan Keingkaran kepadaNya. Justeru, dosa menganggu hubungan kita dengan Allah SWT.

Bila jalan kepada sumber tenaga kita terganggu, semestinya tenaga tidak akan tersalur dengan baik kepada kita, bukan?

Sebab itu kita perasan, bila kita banyak melakukan dosa, hatta yang kita sangka ringan sekalipun, itu semua akan melemahkan kita untuk mendekatiNya. Kita akan jadi semakin malas, semakin penat, semakin lelah. Lama kelamaan, sekiranya kita tidak hentikan, dan lawan dengan mengeraskan diri menambah kebaikan, kita akan tewas, terjerumus ke lembah kehinaan.

2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.

Ya, ada orang tu niat asal dia dah cantik dah. Buat ini kerana Allah. Nak dapat redha Allah SWT. Namun akhirnya, bila di tengah-tengah perjalanan, dia diuji dengan kejelasan matlamatnya. Mungkin ada orang puji dia soleh, mungkin ada orang tercinta nak dia berjaya dalam peperiksaan, mungkin ada ‘ism’ lain yang akhirnya menyebabkan dia menukar haluan matlamatnya.

“Aku beribadah ni, nak impress dia lah.”

“Dapat markah cemerlang, sah-sah orang puji dan pandang tinggi.”

Ya, ini semua akan melemahkan anda. Perlahan-lahan menghakis tenaga dalaman anda. Sebab hubungan kita dengan Allah SWT ketika itu telah terganggu. Maka tenaga yang tersalur kepada kita juga akan terganggu.

Nak bekerja keras tatkala tidak dilihat orang, akan jadi sangat sukar.

“Alah, bukan ada sesiapa tengok.” Dan kita akan terus jatuh dan jatuh.

3 – Mendatar dan tidak peningkatan serta penjagaan.

Kumpulan ini kumpulan asalnya yang bagus. Tetapi masalahnya, mendatar. Tiada peningkatan. Hari-hari baca Al-Quran 10 mukasurat, tanpa buat penambahan, atau kreatifkan lagi suasana pembacaan Al-Quran. Hari-hari Solat Subuh di Masjid yang sama, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana Solat Subuhnya. Hari-hari studi sendiri, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana studinya.

Lama-kelamaan, bosan menerjah. Dan perlahan-lahan semangat mengendur. Lalu jatuh dan tidak lagi istiqomah.

Ya, mendatar itu sebenarnya bukan satu istiqomah. Mendatar hanya akan membawa kepada kehancuran. Istiqomah walaupun secara literalnya bermaksud berterusan, tetapi secara konseptualnya istiqomah bererti meningkat sedikit demi sedikit dalam keadaan berterusan.

 

Penyelesaian

Melihat kepada permasalahan, saya yakin kita sudah dapat menjangka penyelesaiannya.

1 – Kurangkan dosa. Padamkan terus jika mampu. Kurangkan dosa ini, tak berfungsi kalau tak disertai dengan banyakkan beribadah. Ada orang, dia tak nak buat dosa, dia pergi tidur. Ini tindakan yang hanya separuh bijak sahaja. Sebab, tidur tak memberikan dia apa-apa. Buat kebaikan seiring dengan meninggalkan dosa. InsyaAllah kekuatan akan bertambah dan diri akan jadi lebih bersemangat. Ya la, laluan tenaga dari sumbernya tak terganggu. Semestinya bertenaga!

2 – Jaga niat. Sentiasa perbaharui. Rajin-rajin muhasabah. Ya, ini penting. Ramai orang kadang-kadang tak tersedar yang dia dah tersasar dari niat dia yang sebenar. Salah niat ni, ala-ala salah masuk lorong la. Nak pergi rumah Pak Samad, masuk lorong pergi rumah Mak Senah. Memang pergi rumah Mak Senah la jawabnya. Kemudian kena selalu minta kawan-kawan tolong peringatkan diri. Kadang-kadang kita ni lupa diri.

3 – Bab mendatar ni, sebenarnya kita kena belajar meningkat. Kalau selama ini baca Al-Quran 10 muka surat, kita cuba la sedikit demi sedikit tambah. Kemudian, kalau rasa banyak sangat(ya la, sampai satu hari tu, dah satu juzu’ baca.) mungkin kita boleh kreatifkan dengan baca maknanya sekali ke. Boleh juga kreatifkan lagi dengan tukar jadi tadarus bersama rakan-rakan sambil betulkan tajwid. Benda-benda ini membakar lagi semangat kita untuk terus berada dalam kebaikan, mendapat tenaga daripada Allah SWT. Studi pun sama. Kreatifkan. Dari terperuk dalam bilik, cuba studi di library, cuba studi bersama rakan. Dari studi tak ada jadual, cuba berjadual dan sebagainya. Solat Subuh, kalau selama ini sekadar Solat Subuh sahaja, apa kata tambah dua rakaat sunat sebelum Subuh. Apa kata tambah Al-Mathurat selepas Subuh. Penambahan yang saya maksudkan, begitulah. Bukannya pergi tambah dua rakaat Subuh jadi empat. Hem…

 

Penutup: Tenaga akan tersalur semula

Bila selesai benda-benda ini, tenaga akan tersalur semula kepada kita. Kekuatan akan kembali hadir. Dan kita akan kembali bersemangat.

Hakikatnya, apa yang kita bincangkan di dalam artikel ini bukan terikat hanya kepada beberapa contoh yang saya beri. Benda ini boleh juga berjalan kepada penulisan blog, kepada gerak kerja organisasi dan sebagainya.

Pokok pangkalnya, mari kita lihat semula hubungan kita dengan Allah SWT, dan memerhatikan keseriusan kita dalam meningkatkan diri dan kualiti amal kita.

Semoga dengan itu, kita akan terus bersemangat, bertenaga, dan meningkat dalam menjadi hamba Allah SWT.

Mari Menjadi Hamba!


Dipetik daripada : http://langitilahi.com/2011/06/13/motivasi-tenaga-yang-terganggu/#more-2855

Advertisements

Muhamad Aarif View All

Muhamad Aarif is the founder & CEO of Personalgrowth.blog and Warby.Parker.Watch. He is an international watch reseller, and author dedicated to boosting personal growth.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: